Powered By Blogger

Ahad, 22 Ogos 2010

Perancangan Strategik

Perancangan Strategik



Apabila di sebut mengenai perancangan strategik dalam pemasaran, maka perancangan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Dimana pada kebiasaannya kebanyakan syarikat beroperasi tanpa perancangan formal, dan tersusun. Namun kadangkala pihak pengurus mengalami kesibukan dalam pengurusan. Sehingga menyebabkan perancangan menjadi tidak tersusun dan sisitematik. Selain itu sebagai seorang pengurus juga harus mempunyai perancangan jangka masa panjang dan jangka masa pendek, dimana pengurus memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti produk atau perkidmatan bagi menarik lebih ramai pengguna untuk membeli barangan yang disediakan, dan memikirkan bagamana mengekalkan hubungan antara penjual dengan pengguna bagi mengambil hati pengguna tetap untuk terus membeli barangan atau perkidmatan yang disediakan. manakala jangka masa pendek pula sebagai pengurus harus memperkenalakan barangan dengan cara promosi, jualan pukal, potongan harga dan lain-lain bagi menarik minat pengguna untuk membelinya. Selain itu dapat mengekalkan keuntungan sesebuah syarikat. Oleh yang demikian kita dapat mendefinasikan perancangan strategik sebagai proses untuk membentuk dan mengekalkan satu penyesuaian strategik di antara matlamat dan keupayaan organisasi dengan peluang pemasaran yang sering berubah.


Selain itu sesebuah organisasi ditubuhkan adalah untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan maksud lain setiap pengurusan harus mempunyai tujuan atau misi yang jelas. Dimana melalui misi yang di bentuk oleh sesebuah syarikat adalah untuk digunakan sebagai panduan untuk mencapai matlamat organisasi sesebuah syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan