Ahad, 10 Oktober 2010

Kata - kata aluan

Seuntai kata
Untuk di rasa

Salam sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penulis PAKMA Sdn.Bhd, diatas kejayaan menerbitkan buku 'Sejarah Runtuhnya A'Famosa', yang memaparkan pelbagai sejarah serta pengetahuan mengenai empayar pemerintahan penjajah di Melaka.

Usaha yang dilakukan ini amat baik kerana ia boleh dijadikan panduan untuk meneliti sejarah serta, kesan penjajahan orang asing di negara kita, kerajaan Melaka menerusi sokongan padu daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut menyalurkan bantuan supaya rakyat malaysia dapat menikmati dan mengetahui sejarah dan kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat terdahulu.

Oleh itu segala penulisan sejarah yang dirancangkan adalah untuk faedah umum, dimana ia dapat membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat, sehubungan itu kami begitu peka dan beriltizam untuk memajukan pemikiran rakyat Malaysia.

Semoga segala usaha murni yang dilakukan oleh semua pihak ini,mendapat pembalasan dan pengiktirafan yang sewajarnya daripada masyarakat.

Sekian wasalam

_____________

(YUSRI GULAM)

Laporan

Laporan Kegiatan Persatuan Pencinta Alam Universiti Utara Malaysia.

Persatuan pencinta alam dibentuk pada tahun 2008. Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 111 orang. Mereka terdiri daripada golongan siswaza Universiti Utara Malaysia. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan tarap pemikiran pelajar dalam menjaga kepentingan alam semula jadi terhadapa fitra manusia. Selain itu ,melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pengetahuan masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2009. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah ”Peraduan Menulis Esei Alam dan Kesihatan”. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan tersebut adalah sangat menggalakkan. Malahan melalui program ini juga ia dapat meningkatkan tahap minat siswa untuk menceburi program-program akedemik di Universiti.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan alam. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan kebajikan awam iaitu, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah kebajikan orang-orang tua di rumah Seri Kenangan Melaka. Kami memperindahkan kawasan taman dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada cuti semester pertama, kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada penasihat, Cik Rosmila Jaafar yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Januari 2009
Yusri
_______________
(YUSRI GULAM)
Setiausaha Persatuan PENCINTA ALAM
Universiti Utara Malaysia, Shintok, Kedah .

Ahad, 3 Oktober 2010

Prakata

Prakata

Syukur saya kehadrat yang Maha Esa kerana dengan taufik hidayahnya telah mengizinkan dan  mengerakkan kami untuk menyiapkan buku yang berjudul ‘Kembara Perjalanan Iman’ ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Dr Muzaffar bin Hj Ali selaku pengarah syarikat pencetak EMUDA kerana tanpa dorongan dan sokongan beliau, buku ini tidak dapat disempurnakan dan diterbitkan. Selain itu ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang membantu dalam menyiapkan buku ini, terutamanya pensyarah dari fakulti pendidikan Islam dan fakulti undang-undang Islam UIAM, buku ini di terbitkan sebagai satu langkah untuk memudahkan pembaca memahami cara meningkatkan ilmu agama yang betul dan memberi kefahaman yang lebih terperinci mengenai agama Islam. Malahan buku ini juga boleh dijadikan rujukan para pembaca dalam menjalani kehidupan seharian.

Adalah menjadi tanggung jawab masyarakat terutamanya yang beragama Islam, untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelajari cara hidup seseorang muslim di muka bumi ini. Oleh yang demikian atas permasalahan ini kami cuba untuk memudahkan lagi pembaca, untuk mencari ilmu daam meningkatkan diri mengenai agama dari masa ke semasa, oleh itu buku ini kami siapkan dan sediakan atas dasar untuk memudahkan pembaca dan masyarakat awam.

Ingatlah kejayaan itu di tangan anda dan kelemahan itu juga di tangan anda, tidak sesebuah kaum itu berubah, jika mereka tidak merubah nasib mereka sendiri, kami sebagai penulis hanya petunjuk jalan dan pemudah cara, selebihnya usaha adalah di tangan anda, doa dan harapan kami, semoga anda semua berjaya dalam kehidupan. Insyallah.

Rabu, 25 Ogos 2010

Cara-cara Mengurus Usaha Pemasaran

  1. Analisis Pemasaran
  2. Perancangan Pemasaran 
  3. Pelaksanan Strategik Pemasaran
  4. Pengorganisasian Jabatan Pemasaran
  5. Kawalan Pemasaran
  6. Persekitaran Pemasaran

untuk mencari campuran yang paling baik untuk dilaksanakan, seorang pengurus haruslah terlibat dalam analisis pemasaran, perancangan pemasaran, pelaksanaan strategik pemasaran, pengorganisasian jabatan pemasaran, kawalan pemasaran dan persekitaran pemasaran. Setiap pengusaha harus menyediakan rancangan untuk pengeluaran, jenama dan pasarannya. antara kompenen utama dalam rancanagan pemasaran adalah rumusan eksiketif, situasi pasaran semasa, ancaman dan peluang, objektif dan isu, strategik pemasaran, program tindakan, belanjawan dan kawalan. Untuk merancang strategik yang baik adalah lebih mudah daripada untuk melaksanakan. Untuk berjaya, syarikat mesti melaksanakan strategik dengan berkesan. Pelaksanan ini ialah satu proses yang mengubal strategik dengan berkesan. pelaksanan ialah satu proses mengubah startegik pemasaran kepada tindakan pemasaran yang lebih baik dari sebelumnya.

Penetapan Objektif dan Matlamat Syarikat Dalam Pemasaran



Sebagai seorang pengurus malahan seorang perancang pemasaran, misi harus sentiasa perkukuhkan, malahan perlu ditukar kepada objektif sokongan ang lebih kukuh dan terperinci untuk setiap tahap pengurusan, dimana setiap syrikat perlu mempunyai objektif dan bertanggungjawab untuk mencapainya. kebiasaannya sesebuah syarikat mendifinisi misi sebagai suatu perkara yang dapat membantu dalam menampung populasi dunia terutamanya pada masa kini yang mana kemajuan da pembangunannya kian pesat dan dalam masa yang sama misi juga dapat mengekalkan persekitaran.

slain itu juga menurut penyelidik ekonomi kebiasannya misi membawa kepadasatu hirarki objektif perniagaan dan pemsara, disamping itu pengurus juga perlu menentukan strategik-strategik pemasaran agar dapat meningkatkan syer pasaran sesebuah syarikat, malahan dapat  membantu sesebuah syarikat dalam menembusi pasaran baru.

sebagai seorang pengurus, haruslah mendalami maksud pemasaran tersebut dengan lebih terperinci, contonya meningkatkan promsi keluaran. dengan cara ini misi syarikat dapat diterjemahkan kepada set objekif yang tersusun dan boleh diguna dan berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Ahad, 22 Ogos 2010

Perancangan Strategik

Perancangan Strategik



Apabila di sebut mengenai perancangan strategik dalam pemasaran, maka perancangan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Dimana pada kebiasaannya kebanyakan syarikat beroperasi tanpa perancangan formal, dan tersusun. Namun kadangkala pihak pengurus mengalami kesibukan dalam pengurusan. Sehingga menyebabkan perancangan menjadi tidak tersusun dan sisitematik. Selain itu sebagai seorang pengurus juga harus mempunyai perancangan jangka masa panjang dan jangka masa pendek, dimana pengurus memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti produk atau perkidmatan bagi menarik lebih ramai pengguna untuk membeli barangan yang disediakan, dan memikirkan bagamana mengekalkan hubungan antara penjual dengan pengguna bagi mengambil hati pengguna tetap untuk terus membeli barangan atau perkidmatan yang disediakan. manakala jangka masa pendek pula sebagai pengurus harus memperkenalakan barangan dengan cara promosi, jualan pukal, potongan harga dan lain-lain bagi menarik minat pengguna untuk membelinya. Selain itu dapat mengekalkan keuntungan sesebuah syarikat. Oleh yang demikian kita dapat mendefinasikan perancangan strategik sebagai proses untuk membentuk dan mengekalkan satu penyesuaian strategik di antara matlamat dan keupayaan organisasi dengan peluang pemasaran yang sering berubah.


Selain itu sesebuah organisasi ditubuhkan adalah untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan maksud lain setiap pengurusan harus mempunyai tujuan atau misi yang jelas. Dimana melalui misi yang di bentuk oleh sesebuah syarikat adalah untuk digunakan sebagai panduan untuk mencapai matlamat organisasi sesebuah syarikat.

Cabaran-Cabaran Pemasaran

Cabaran-Cabaran Pemasaran Dalam Zaman Yang Akan Datang




Sebagai seorang pengurus seharusnya, sentiasa memastikan proses pemasaran beroperasi dalam keadaan persekitaran global yang dinamik, dimana pemasaran memerlukan pengurus yang berfikiran terbuka mengenai strategi dan rancangan yang sistematik dalam amalan pemasaran yang di bentuk oleh mereka. Dimana pada masa kini perubahan pesat boleh mengakibatkan strategi lampau yang berjaya boleh gagal dan ketinggalan zaman akibat dari perubahan yang pesat dan maju ini. Oleh itu seorang pengurus harus memikirkan alternatif yang lebih baik dan baru bagi menarik pasaran dan minat pengguna terhadap barangan yang ingin dipasarkan. Seperti yang dinyatakan oleh seorang tokoh ekonomi iaitu Peter Drucker, yang menjelaskan bahawa ‘formula kejayaan sesebuah syarikat untuk abad yang lepas mungkin tidak boleh digunakan lagi pada abad yang akan datang’.



Antara Cabaran-Cabaran Pemasaran akan Datang



1. Pertubuhan pemasaran organisasi bukan untung seperti hospital, kolej dan muzium.

2. Ledakan teknologi maklumat

3. Internet

4. Perkembangan Pesat perdagangan Global

5. Perubahan ekonomi dunia