Powered By Blogger

Ahad, 3 Oktober 2010

Prakata

Prakata

Syukur saya kehadrat yang Maha Esa kerana dengan taufik hidayahnya telah mengizinkan dan  mengerakkan kami untuk menyiapkan buku yang berjudul ‘Kembara Perjalanan Iman’ ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Dr Muzaffar bin Hj Ali selaku pengarah syarikat pencetak EMUDA kerana tanpa dorongan dan sokongan beliau, buku ini tidak dapat disempurnakan dan diterbitkan. Selain itu ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang membantu dalam menyiapkan buku ini, terutamanya pensyarah dari fakulti pendidikan Islam dan fakulti undang-undang Islam UIAM, buku ini di terbitkan sebagai satu langkah untuk memudahkan pembaca memahami cara meningkatkan ilmu agama yang betul dan memberi kefahaman yang lebih terperinci mengenai agama Islam. Malahan buku ini juga boleh dijadikan rujukan para pembaca dalam menjalani kehidupan seharian.

Adalah menjadi tanggung jawab masyarakat terutamanya yang beragama Islam, untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelajari cara hidup seseorang muslim di muka bumi ini. Oleh yang demikian atas permasalahan ini kami cuba untuk memudahkan lagi pembaca, untuk mencari ilmu daam meningkatkan diri mengenai agama dari masa ke semasa, oleh itu buku ini kami siapkan dan sediakan atas dasar untuk memudahkan pembaca dan masyarakat awam.

Ingatlah kejayaan itu di tangan anda dan kelemahan itu juga di tangan anda, tidak sesebuah kaum itu berubah, jika mereka tidak merubah nasib mereka sendiri, kami sebagai penulis hanya petunjuk jalan dan pemudah cara, selebihnya usaha adalah di tangan anda, doa dan harapan kami, semoga anda semua berjaya dalam kehidupan. Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan