Falsafah Pengurusan Pemasaran
Falsafah pengurusan pemasaran adalah satu proses yang menjalankan tugas untuk mencapai tukaran yang diingini oleh psaran sasaran. Dimana terdapat lima konsep yang alternatif yang di gunakan oleh pengurusan pemasaran antaranya: konsep pengeluaran, keluaran, jualan, pemasaran dan pemasaran kemasyarakatan.
Konsep pengeluaran
Apabila di sebut tentang konsep pengeluaran, maka pengurus akan cuba memikirkan bagaimana barangan yang mereka keluarkan dapat menarik hati pelanggan, atau dengan kata lain pengurus akan memikirkan tentang bagaimana pengguna akan mengemari keluaran yang sedia ada dan barangan yang dihasilkan mampu dibeli oleh setiap pengguna mahupun dari golongan muda hingga golongan tua. Oleh itu sebagai pengurus, mereka harus memberi penekanan kepada peningkataan pengeluaran dan keberkesanan pengagihan bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dipasarkan. Oleh itu sebagai seorang pengurus mereka harus produktif dan mengetahui konsep pengeluaran dalam dunia perniagaan yang mereka ceburi.
Konsep keluaran
Satu lagi konsep yang dapat memberi panduan kepada penjual dan pengurus, iaitu konsep keluaran, iaitu konsep yang mengatakan pengguna akan mengemari keluaran yang menawarkan kualiti, prestasi, dan ciri-ciri inovatif yang terbaik. Dengan kata lain konsep keluaran boleh membawa kepada rabun jauh pemasaran. Iaitu sebagai contoh pengurus jalan kereta api mengatakan bahawa pengguna inginkan keretapi dan tidak kepada pengangkutaan lain selain dari kereta api seperti kereta, bas, dan kapal terbang, kerana pengurus menggangapkan tiada cabaran lain mahupun perubahan zaman, teknologi dan gaya hidup manusia, kerana pengurus bahawa pengunanya mengemari dan berpuas hati terhadap perkidmatan pengangkutan kereta api yang telah disediakan.
Konsep jualan
Selain itu dalam pemasaran juga sebagai seorang pengurus, harus mengambil peranan dalam pembentukan organisasi. Dimana organisasi perlu mengikuti konsep jualan, yang mana berpegang pendapat bahawa pengguna tidak akan membeli secukupnya barangan keluaran organisasi kecuali ia melakukan usaha jualan dan promosi secara besar-besaran.kebiasaannya konsep ini diamalkan sekiranya barang yang dihasilkan tidak dicari oleh pengguna, atau barang barang yang tidak di fikirkan oleh pengguna untuk di belinya. Seperti ensaiklopedia atau insuran. Oleh itu sebagai pengurus harus berupaya untuk menjejaki perospek dan menjual barangan berdasarkan faedah keluaran sesuatu barang yang dihasilkan.
Konsep pemasaran
Konsep pemasaran menjelaskan bahawa pencapaian matlamat organisasi, bergantung kepada usaha-usaha menentukan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan memberi kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisien daripada pihak pesaing yang lain. Atau dengan kata lain dapat memberi kepuasan bagi kehendak pembeli atau pengguna dari segi barangan yang dihasilkan atau perkidmatan yang ditawarkan, atau dengan faktor lain dapat memberi produk atau perkidmatan yang terbaik berbanding persaing perniagaan yang lain.
Konsep pemasaran kemasyarakatan
Konsep peasaran kemasyarakatan menjelaskan bahawa organisasi perlu menetukan keperluan, kehendak dan kepentingan pasaran sasaran. Dimana ia harus menyediakan nilai yang lebih baik kepada pengguna-pengguna dengan cara mengekalkan dan memperbaiki hubungan kesejahteraan pengguna dan masyarakat. Konsep pemasaran kemasyarakatan ini juga adalah konsep yang terbaru diantara lima falsafah pengurusan pemasaran dalam perniagaan.
Ahad, 22 Ogos 2010
Sabtu, 21 Ogos 2010
Definisi Pemasaran
Definasi Pemasaran
Pada masa kini pemasaran mesti difahami bukan dengan maksud yang lama, seperti ‘membuat jualan, memberitahu, menjual dan berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan jualan’. Tetapi dalam maksud yang baru untuk memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan. Oleh itu, menjual dan mengiklan hanya sebahagian kecil daripada ‘campuran pemasaran’ yang lebih besar. atau satu set alat-alat pemasaran yang berkerjasama untuk mempengaruhi pasaran. Selain itu pemasaran juga boleh didefinasi sebagai satu proses sosial dan pengurusan di mana individu dan kumpulan memperolehi apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukan dan pertukaran keluaran dan apa yang bernilai dengan orang lain.
Selain itu pemasaran juga dapat di beri maksud sebagai mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan perhubungan antara dua hala atau lebih, ini bertujuan bagi mewujudkan nilai bagi memuaskan keperluan dan kehendak pengguna. Manakala pengurusan pemasaran pula bermaksud penganalisis, perancang, pelaksana dan kawalan program yang direka bagi mewujudkan pertukaran faedah dengan pelanggan sasaran bagi mencapai objektif organisasi, Oleh yang demikian pengurus pemasaran boleh dikatakan sebagai seorang pengurus permintaan dan juga pengurus perhubungan dengan melibatkan hubungan antara pembekal dengan pelanggan.
Langgan:
Catatan (Atom)


