Powered By Blogger

Ahad, 10 Oktober 2010

Kata - kata aluan

Seuntai kata
Untuk di rasa

Salam sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penulis PAKMA Sdn.Bhd, diatas kejayaan menerbitkan buku 'Sejarah Runtuhnya A'Famosa', yang memaparkan pelbagai sejarah serta pengetahuan mengenai empayar pemerintahan penjajah di Melaka.

Usaha yang dilakukan ini amat baik kerana ia boleh dijadikan panduan untuk meneliti sejarah serta, kesan penjajahan orang asing di negara kita, kerajaan Melaka menerusi sokongan padu daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut menyalurkan bantuan supaya rakyat malaysia dapat menikmati dan mengetahui sejarah dan kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat terdahulu.

Oleh itu segala penulisan sejarah yang dirancangkan adalah untuk faedah umum, dimana ia dapat membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat, sehubungan itu kami begitu peka dan beriltizam untuk memajukan pemikiran rakyat Malaysia.

Semoga segala usaha murni yang dilakukan oleh semua pihak ini,mendapat pembalasan dan pengiktirafan yang sewajarnya daripada masyarakat.

Sekian wasalam

_____________

(YUSRI GULAM)

Laporan

Laporan Kegiatan Persatuan Pencinta Alam Universiti Utara Malaysia.

Persatuan pencinta alam dibentuk pada tahun 2008. Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 111 orang. Mereka terdiri daripada golongan siswaza Universiti Utara Malaysia. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan tarap pemikiran pelajar dalam menjaga kepentingan alam semula jadi terhadapa fitra manusia. Selain itu ,melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pengetahuan masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2009. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah ”Peraduan Menulis Esei Alam dan Kesihatan”. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan tersebut adalah sangat menggalakkan. Malahan melalui program ini juga ia dapat meningkatkan tahap minat siswa untuk menceburi program-program akedemik di Universiti.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan alam. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan kebajikan awam iaitu, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah kebajikan orang-orang tua di rumah Seri Kenangan Melaka. Kami memperindahkan kawasan taman dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada cuti semester pertama, kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada penasihat, Cik Rosmila Jaafar yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Januari 2009
Yusri
_______________
(YUSRI GULAM)
Setiausaha Persatuan PENCINTA ALAM
Universiti Utara Malaysia, Shintok, Kedah .

Ahad, 3 Oktober 2010

Prakata

Prakata

Syukur saya kehadrat yang Maha Esa kerana dengan taufik hidayahnya telah mengizinkan dan  mengerakkan kami untuk menyiapkan buku yang berjudul ‘Kembara Perjalanan Iman’ ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Dr Muzaffar bin Hj Ali selaku pengarah syarikat pencetak EMUDA kerana tanpa dorongan dan sokongan beliau, buku ini tidak dapat disempurnakan dan diterbitkan. Selain itu ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang membantu dalam menyiapkan buku ini, terutamanya pensyarah dari fakulti pendidikan Islam dan fakulti undang-undang Islam UIAM, buku ini di terbitkan sebagai satu langkah untuk memudahkan pembaca memahami cara meningkatkan ilmu agama yang betul dan memberi kefahaman yang lebih terperinci mengenai agama Islam. Malahan buku ini juga boleh dijadikan rujukan para pembaca dalam menjalani kehidupan seharian.

Adalah menjadi tanggung jawab masyarakat terutamanya yang beragama Islam, untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelajari cara hidup seseorang muslim di muka bumi ini. Oleh yang demikian atas permasalahan ini kami cuba untuk memudahkan lagi pembaca, untuk mencari ilmu daam meningkatkan diri mengenai agama dari masa ke semasa, oleh itu buku ini kami siapkan dan sediakan atas dasar untuk memudahkan pembaca dan masyarakat awam.

Ingatlah kejayaan itu di tangan anda dan kelemahan itu juga di tangan anda, tidak sesebuah kaum itu berubah, jika mereka tidak merubah nasib mereka sendiri, kami sebagai penulis hanya petunjuk jalan dan pemudah cara, selebihnya usaha adalah di tangan anda, doa dan harapan kami, semoga anda semua berjaya dalam kehidupan. Insyallah.